June 24, 2010

Gaya rambut yang sesuai dengan bentuk muka

Walaupun anda menyukai gaya rambut selebriti terkini, tidak mungkin gaya rambut itu yang sesuai untuk wajah anda. Bentuk wajah anda akan membantu memberi tahu anda gaya rambut yang paling sesuai untuk anda.

Oval ( Oval-shaped face)

Anda bertuah – bentuk wajah ini sesuai dengan hampir semua jenis gaya rambut. Kedua-dua potongan rambut panjang dan pendek tampak menarik pada anda kerana bentuk wajah anda seimbang. Dagu dan dahi bentuk wajah oval rata seimbang.

Elakkan rambut menutupi dahi dan wajah anda. Anda akan kehilangan bentuk wajah dan akan menambahkan berat pada wajah anda.


Bulat ( Round face)

Gaya rambut yang memenuhi sisi wajah dan tinggi di mahkota rambut akan memberi kesan wajah yang lebih kecil . Cuba buat potongan layer yang mengekalkan sisi berhampiran wajah anda untuk menampakkan wajah lebih panjang. Bentuk muka ini sesuai dengan gaya rambut pendek yang disisir ke belakang dari dahi anda, atau gaya rambut panjang yang melebihi paras dagu.

Elakkan panjang rambut paras dagu , belahan tengah rambut, memenuhi sisi telinga, potongan kembang - semua ini akan menampakkan bentuk wajah anda.

Hati ( Heart-shaped face )
Bentuk wajah ini luas di bahagian dahi dan sempit di dagu, yang menampakkan dagu runcing. Gaya rambut pendek dan panjang rambut paras dagu sesuai dengan bentuk wajah ini, kerana memenuhi garis rahang dan dagu.Potongan bob paras dagu, short shags, swept forward layers and wispy bangs sangat sesuai dengan bentuk wajah ini

Elakkan gaya rambut penuh yang menekankan wajah atas tanpa balancing out dagu sempit anda. Terlalu tinggi mahkota rambut dan melebihi garis leher akan membuat wajah anda kelihatan berat di atas.

Bersegi panjang, wajah panjang ( Rectangular, Long face)
Jika wajah anda panjang dan ramping, serta dahi dan di bawah pipi anda sama luas, pilih gaya rambut yang memberi keseimbangan panjang wajah anda. Ini termasuk potongan pendek hingga medium yang memenuhi sisi wajah dan ‘soft wispy bangs’. Gaya ini akan memendekkan bentuk wajah dan menambah luas pada wajah anda. Potongan layer akan menampakkan hasil yang baik dan menambah kelembutan pada garis-garis lurus wajah anda.

Elakkan rambut terlalu panjang, itu hanya akan membuat wajah anda tampak lagi panjang. Terlalu tinggi mahkota rambut juga akan memanjangkan wajah anda.


Bersegi ( Square Face)

Jika wajah anda bersegi, yang menampakkan garisan rahang bersegi dan mempunyai garisan rambut bersegi, gaya rambut yang sesuai dengan anda adalah gaya yang boleh melembutkan wajah bersegi anda. Pilih potongan rambut pendek hingga panjang, dengan ‘soft wispy bangs’ dan wave atau curl akan mengimbangi bentuk wajah anda. Jika anda rambut lurus, mungkin memerlukan ‘body wave’. Meninggikan mahkota rambut juga boleh menambahkan panjang wajah
Hindari gaya rambut lurus - long straight hair, blunt bangs, straight bobs and center parts, kerana yaya ini akan menekankan rahang bersegi anda.

Wajah Segitiga (Triangle face)

Jika bentuk wajah anda adalah segitiga iaitu dagu yang luas dan dahi yang sempit, anda perlu tetapkan gaya rambut yang menampakkan dagu sempit dan dah luas. Ini akan mengimbangi wajah anda. Rambut pendek dapat mengimbangi garis rahan anda yang menonjol. Center parts, wedges dan shags juga gaya baik untuk anda. Banyak potongan layer akan memenuhi bahagian atas dari wajah anda.

Elakkan gaya yang penuh pada bahagian rahang dan centre part..

Dahi luas, dagu panjang (Full forehead, long chin)
Jika dahi anda luas dan dagu panjang, ia boleh diatasi dengan menambah volume di bawah garis dagu untuk seimbangkannya. Potongan layer tebal atau mid-length bob akan memenuhi bahagian yang diperlukan. Bangs juga boleh menutupi dahi luas anda.

Ciri – ciri wajah yang besar (Large features)

Gaya rambut penuh boleh membantu mengurangkan penampilan hidung besar atau ciri lain dan boleh membantu keseimbangan ciri wajah anda yang besar. Rambut lurus, belahan rambut tengah atau tepi dan heavy fringe akan membuat hidung tampak lebih besar bahkan lebih menonjol.Sedikit Highlight pada rambut anda boleh membantu dengan menggambar rambut jauh dari wajah.


Leher panjang atau pendek ( Long or short neck)

Leher yang panjang dan cantik ialah ciri yang diingini dan harus ditunjukkan ketika memilih sebuah gaya rambut. Rambut pendek boleh mempamirkan leher anda, namun rambut panjang juga boleh dikenakan ketika mengenakan gaya elegan, seperti twist atau updo.

Jika anda leher anda pendek tetapi inginkan gaya rambut pendek, lentikkan rambut pada pangkal leher dan penuh di bahagian atas.

0 ulasan:

Post a Comment